Kepentingan dan kegunaan menggunakan peta minda :
(a) Menghasilkan Nota
Setiap kali maklumat dicatat, peta minda mampu menguruskannya dalam
bentuk ringkas yang mudah diasimilasi dan diingati otak. Peta minda boleh
digunakan untuk membuat nota bagi sebarang sumber – buku, kuliah,
syarahan, taklimat, bahan bacaan, mesyuarat, temu bual dan perbualan telefon
(b) Ingat Kembali
Setiap kali maklumat diimbas kembali dari ingatan, peta minda membenarkan
idea yang lintas pada fikiran dicatat dengan pantas dalam keadaan terurus.
Catatan yang dilakukan tidak perlu dalam bentuk ayat penuh. Peta minda
berfungsi pantas dan berkesan dalam aktiviti imbas kembali nota kuliah,
kandungan bahan bacaan dan perkara yang telah diulangkaji.
(c) Kreativiti
Setiap kali seseorang ingin mencetuskan suatu idea berdasarkan kreativitinya,
peta minda membebaskan pemikirannya daripada pemikiran linear dan
membolehkan idea-idea baru bercambah dengan baik. Pengguna peta minda
harus menganggap setiap item di dalam peta minda adalah pusat kepada peta
minda yang baru.
(e) Pembentangan Peta
(f) Penggunaan otak kiri dan kanan serentak
Peta minda membantu seseorang menyediakan topik dan urutan semasa ingin
membuat suatu pembentangan. Peta minda bukan sahaja membantu dalam
mengurus idea-idea dengan nyata, malah memberi satu gambaran menyeluruh
secara visual dalam pemikiran tanpa merujuk kepada helaian kertas. Peta
minda sangat membantu dalam membuat persembahan seperti laporan, kertas
kerja, hasil perbincangan dan sumbangsaran.
(f) Penggunaan otak kiri dan kanan serentak
Peta minda berupaya menggabungkan dan mengimbangkan penggunaan otak
kanan dan otak kiri semasa belajar.
No comments:
Post a Comment