ALAT KEMAHIRAN BERFIKIR

   APA ITU PETA MINDA ?


     
                        Menurut Tee et al. (b) (2009), peta minda adalah suatu lakaran yang mempunyai tajuk atau tema di bahagian tengahnya dan beberapa garisan yang dikembangkan dari sekelilingnya untuk menggambarkan idea-idea penting serta dengan cabang-cabang kecil ini sebagai huraiannya. Peta minda adalah sangat sesuai digunakan untuk membuat nota pada sesebuah topik untuk suatu mata pelajaran berdasarkan prinsip penggunaannya. Selari dengan tujuan peta minda iaitu ia membolehkan pelajar mencatat nota dengan mudah serta mengingat sesuatu dengan mudah di samping menggabungkan serta menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri semasa belajar. Peta minda merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bermakna. Peta minda dapat menarik minat dan meningkatkan tahap pemahaman pelajar mengenai sesuatu konsep, maklumat, fakta dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment

Salam Aidiladha

Add caption salam aidiladha rakan-rakan :)